Wednesday, July 1, 2015

Pelancaran muka Facebook Zaini4ee untuk mempromosi kecekapan tenaga

Pada 30 Jun 2015, saya telah memulakan satu lagi cara untuk mempromosi kecekapan tenaga di kalangan kenalan-kenalan Facebook saya dan juga menyasarkan orang awam dengan perkongsian maklumat-maklumat tentang amalan-amalan, teknologi dan aktiviti-aktiviti semasa berkaitan kecekapan tenaga.

Pautan Facebook yang saya lancarkan ialah www.facebook.com/Zaini4ee

Di antara objektif-objektif utamanya ialah:

  1. Berkongsi maklumat dan fakta-fakta tentang faedah-faedah kecekapan tenaga di rumah dan di organisasi.
  2. Berkongsi tentang teknologi-teknologi cekap tenaga yang praktikal dan boleh di perolehi dipasaran
  3. Berkongsi maklumat tentang amalan-amalan cekap tenaga yang boleh digunapakai mengikut jenis-jenis pengguna tenaga
  4. Maklumat tentang aktiviti atau program berkaitan kecekapan tenaga yang telah dan akan diadakan.



Paparan muka utama Facebook zaini4ee



Antara maklumat-maklumat yang dikongsi

Anda semua dijemput  berkongsi dan bertukar maklumat tentang kecekapan di sana dengan melayari dan tekan Like  di www.facebook.com/Zaini4ee untuk mendapat status terkini kemaskini dan perkongsian maklumat yang berlaku.