155. Bagi memperkukuhkan
pembangunan teknologi hijau negara, Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai
Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai
pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi hijau.
KOMEN/PANDANGAN
1.
Insentif –insentif yang dinyatakan bukan merupakan perkara baru dah telah dilaksanakan
tahun 2001 dan semuanya merupakan sesuatu yang amat baik dan menarik yang telah
diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
2.
Walau bagaimana pun sambutannya agak kurang menggalakkan
disebabkan faktor-faktor berikut:
i)
Prosedur tidak jelas,
proses permohonan kurang mesra
perniagaan dan kriteria penilaian yang kurang konsisten dan telus;
ii)
Permohonan melibatkan
beberapa agensi yang kurang diselaraskan.Sebagai contoh, permohonan insentif
ITA dan pelepasan cukai jualan/import dipohon di MIDA yang kemudiannya
dimajukan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk penilaian teknikal.Tiada jangka masa
yang ditetapkan yang boleh diharapkan
oleh pemohon tentang berapa lama proses akan diselesaikan sehingga mendapat
keputusan.
iii)
Kekurangan kakitangan dan kakitangan yang kompeten dan accountability tentang agensi mana sebenarnya yang bertanggungjawab
dalam perlaksanaannya terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat dan bantuan
teknikal kepada para pemohon terutamanya di kalangan pihak industri kecil dan
sederhana yang tidak berkemampuan melantik syarikat perunding atau pakar luar
untuk membantu mereka membuat permohonan.
3.
Tiada mekanisme untuk memantau agar setiap projek yang telah
diluluskan telah mencapai objektif penjimatan tenaga atau hijau seperti mana
yang telah dinilai dan diluluskan.
CADANGAN
1.
Dapatkan statistik
i)
jumlah permohonan insentif projek penjimatan tenaga, produk cekap tenaga
ii)
Jumlah permohonan
insentif projek dan produk tenaga boleh diperbaharu
iii)
Jumlah pelaburan oleh setiap jenis insentif
iv)
Jumlah impak penjimatan tenaga oleh setiap permohonan yang telah
diluluskan (penjimatan tenaga untuk projek dan saiz pasaran untuk produk)
2.
Nilai keberkesanan insentif yang sedang dilaksanakan
i)
Prosedur dan proses
ii)
Kapasiti dan kepakaran agensi-agensi yang terlibat
iii)
Impak keseluruhan
3.
Bangunkan dan laksanakan prosedur yang mesra perniaagan, telus
dan lebih kurang masa untuk mendapat kelulusan.
4.
Bangunkan mekanisme dan laksanakan pemantauan untuk memantau
keberkesanan setiap projek yang diluluskan.
5.
Tetapkan agensi teknikal yang mempunyai kapasiti dan kepakaran
teknikal yang akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk pelaksanaan dari segi khidmat
nasihat dan bantuan teknikal.
-------------------------------------------------------------------------------------------
156. Ke
arah menggalakkan amalan gaya hidup hijau, Yayasan Hijau Malaysia akan
ditubuhkan yang akan berperanan dalam mempromosi dan meningkatkan penyertaan
badan korporat, masyarakat dan awam terhadap teknologi hijau. Untuk itu, geran
pelancaran sebanyak 15 juta ringgit akan disediakan sebagai dana permulaan
untuk Yayasan Hijau Malaysia.
KOMEN/PENDAPAT
1.
Penubuhan Yayasan hijau juga menunjukkan kegagalan agensi-agensi
sedia ada yang berkaitan dengan teknologi hijau dalam menjalankan fungsi
masing-masing.
2.
Sekarang telah pun ada, Malaysia Green Technology Corporation, Suruhanjaya
Tenaga dan Sustainable Energy Development Authority( SEDA Malaysia) yang telah
pun mempunyai sumber dan infrastruktur sedia ada untuk melaksanakan
fungsi-fungsi promosi dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.
3.
Itu tidak termasuk lagi NGOs
yang telah pun mempunyai kepakaran dan kemampuan dalam program-program
hijau seperti CETREEE USM, CETDEM dan pertubuhan-pertubuhan industri dan
professional yang boleh dilibatkan. Selain daripada itu terdapat
kementerian, agensi-agensi dan
jabatan-jabatan yang turut terlibat dalam perkara-perkara berkaitan dengan
teknologi hijau seperti kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Agensi
Inovasi Malaysia dan juga di
peringkat negeri seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor
dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Akademi Hijau di Melaka yang telah pun mempunyai
blueprint teknologi hijau untuk dilaksanakan.
4.
Tidak cukupkah organisasi-organisasi sedia ada untuk
melaksanakan fungsi-fungsi promosi dan kesedaran dan untuk pembangunan
teknologi hijau?
5.
Di manakan Roadmap
atau Pelan Induk Teknologi Hijau
Nasional yang telah dimulakan kajian dan pembangunannnya sejak tahun 2010
oleh KeTTHA dengan perunding-perunding
yang telah dilantik?
CADANGAN
1.
Tetapkan kumpulan-kumpulan
sasar untuk program-program
promosi dan pembangunan.
2.
Sediakan KPI yang perlu dicapai untuk setiap kumpulan sasar.
3.
Agihkan peruntukan RM15 juta berkenaan kepada
organisasi-organisasi mengikut merit kepakaran dan kumpulan sasar yang sesuai
dengan setiap organisasi.
4.
Lantik satu agensi sebagai penyelaras dan pemantau status
program yang dilaksanakan oleh setiap organisasi yang diberikan peruntukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------
158. Bagi terus
meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, Kerajaan akan
melaksanakan audit tenaga dan memasang retrofit di bangunan-bangunan
kementerian. Bagi tahun 2014, Kementerian Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan
Sukan, Pertanian dan KPDNKK telah dikenalpasti untuk pelaksanaan inisiatif ini.
Selain itu, Kerajaan akan memasang solar panel di bumbung bangunan
Kementerian-kementerian serta menggantikan lampu sedia ada kepada lampu LED
secara berperingkat.
KOMEN/PANDANGAN
1.
Audit tenaga memerlukan kos dan kos yang pernah
dibelanjakan hanya untuk mengaudit setiap bangunan dalam lingkungan lebih
kurang RM150 ribu hingga hampir RM300 ribu setiap bangunan berdasarkan
audit-audit tenaga yang telah dijalankan di
bangunan kerajaan sebelum ini.
2.
Kos retrofits
untuk penjimatan tenaga agak tinggi untuk mencapai penjimatan yang maksima
seperti mana yang telah dilaksanakan sebagai projek perintis dan demonstrasi
oleh KeTTHA dengan peruntukan kementerian di Bangunan Perbendaharaan, MAMPU,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan lain-lain pada tahun 2010 hingga 2012.
3.
Mengapa perlu dibazirkan sumber kewangan
kerajaan untuk kerja-kerja retrofits
lagi untuk audit tenaga sedangkan di dalam EPP9 sektor Minyak,Gas dan
Tenaga,ETP telah pun dicadangkan dan diterima pakai kaedah Kontrak Prestasi
Tenaga atau Energy Performance
Contractig (EPC) Model perkongsian penjimatan untuk melaksanakan program
penjimatan tenaga di bangunan-bangunan kerjaaan dengan konsep lead by example oleh kerajaan(Panduan
pelaksanaan EPC di lampirkan).
4.
Konsep EPC tidak melibatkan apa-apa kos upfront
oleh kerajaan dimana segala pelaburan ialah oleh pihak swasta iaitu
syarikat-syarikat perkhidmatan
tenaga(ESCOs) dan dibayar hanya daripada penjimatan sebenar yang dicapai dalam
tempoh tertentu yang dipersetujui bersama-sama syarat-syarat yang melindungi
kepentingan dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Dengan konsep EPC juga,
kos audit tenaga adalah tidak perlu dibayar oleh kerajaan kerana ia merupakan
proses asas yang perlu dilakukan oleh ESCO untuk mengenalpasti jumlah potensi
penjimatan dan pelaburan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja
retrofit di setiap bangunan.
5.
Pada
tahun 2011 KeTTHA telah mengenalpasti 128 buah bangunan Kerajaaan yang terdiri
daripada bangunan Kementerian, IPTA dan hospital yang dilabel sebagai pengguna terbesar tenaga elektrik dan bil-bil elektrik bagi entiti-entiti
Kerajaan tersebut berjumlah hampir RM600juta
setahun pada kadar tariff elektrik sekarang.
6.
Pihak Kementerian Kewangan pun telah
mengesahkan kaedah EPC boleh dijalankan dan telah membuat satu kod baru
222801-Perkhidmatan Teknologi untuk ESCO
berdaftar dengan mereka yang membolehkan pembayaran dibuat oleh agensi-agensi
kerajaan.
7.
Selain daripada itu pihak
Malaysia Association of Energy Services
Company(MAESCO) pernah mengemukakan cadangan pada tahun 2011 kepada pihak
KeTTHA dan ahli-ahlinya bersedia membantu kerajaan dengan jumlah pelaburan
sejumlah lebih kurang RM1 billion untuk
melaksanakan projek penjimatan tenaga disemua bangunan tersebut.
8.
Jumlah pelaburan tersebut akan digunakan untuk menjimatkan
penggunaan tenaga secara menyeluruh di setiap bangunan seperti sistem
penyamanan udara, sistem pencahayaan dalaman dan luaran, kawalan beban
maksima(Maximum Demand) dengan menggunakan teknologi-teknologi baru yang cekap
tenaga seperti chiller cekap tenaga, variable speed drives, lampu-lampu jenis
T5, CFL dan LED dan juga kesesuaian untuk menggunakan mengaplikasikan sistem
solar PV. Lampu LED diakui cekap tenaga tenaga harganya masih agak mahal
sedangkan masih ada lagi teknologi lampu
yang cekap tenaga dan boleh membeli pulangan yang lebih pendek tempoh masanya.
Selain daripada itu juga, tumpuan retrofit sepatutnya lebih ditumpukan kepada
sistem penyamanan udara berpusat yang
menggunakan tenaga sebanyak 40-60% dibangunan-bangunan kerajaan berbanding
lampu sebanyak lebih kurang 15-20% sahaja.
9.
Selain daripada itu, terdapat ESCOs tempatan
yang berkeupayaan dan mempunyai kepakaran dalam melaksanakan projek-projek EPC
di bangunan-bangunan sektor swasta di dalam dan di luar negara.
10.
Pelaksanaan konsep EPC dengan konsep leading by example oleh kerajaan juga
akan merancakkan lagi pelaburan terus domestic(DDI) dan membuka peluang-peluang
ekonomi dan mencipta peluang-peluang pekerjaan baru untuk tenaga kerja mahir
dan separa mahir dalam bidang audit tenaga, pengurusan tenaga, pengukuran
tenaga dan pemantauan prestasi tenaga yang semuanya merupakan kepakaran
berasaskan pengetahuan yang juga boleh dieksport ke luar negara pada masa
hadapan.
11.
Apakah sumber-sumber kewangan yang akan
digunakan oleh kerajaan untuk kerja-kerja audit tenaga dan retrofit yang dicadangkan
tersebut kerana jika ianya menggunakan dana kerajaan, ia akan menjadi pilihan
yang kurang bijaksana berbanding pilihan yang ada.
12.
Kenapa kerajaan perlu membazir bila pilihan
yang lebih baik dan telah terbukti di Amerika Syarikat, Thailand dan Jepun di
mana semua projek penjimatan tenaga dengan EPC dimulakan di bangunan-bangunan
milik kerajaan yang seterusnya menjadi ikutan pihak swasta., Taiwan dan lain2
negara?
13.
Tidakkah kerajaan sepatutnya lebih berkhemah
dalam menggunakan dana awam?.
CADANGAN
1.
Melaksanakan projek-projek penjimatan tenaga dibangunan kerajaan
dengan pendekatan-pendekatan berikut:
Langkah-langkah penjimatan tenaga tanpa
kos/kos minima
i)
Menyediakan penyataan dasar tenaga sektor kerajaan dan
melancarkannya di peringkat pusat dan setiap negeri.
ii)
Menetapkan setiap agensi membangunkan dan melaksanakan sistem
pengurusan tenaga di agensi masing-masing.
iii)
Mengenalpasti langkah-langkah penjimatan tenaga tanpa kos/kos
minima yang boleh dilaksanakan serta merta/tanpa sebarang bajet tambahan.
iv)
Mengemukakan laporan berkara tentang penjimatan yang dicapai.
Projek penjimatan tenaga/retrofit
dengan kos besar
Melaksanakan
projek-projek penjimatan tenaga yang mempunyai pulangan yang berdaya saing dan menarik dengan kaedah EPC.
Perbelanjaan dana awam atau
sumber daripada kerajaan perlu ditumpukan untuk projek-projek retrofit perintis
di bangunan-bangunan yang dipilih berdasarkan
sektor atau fungsi kegunaan di peringkat kerajaan pusat dan negeri.
2.
Untuk bantuan /khidmat nasihat teknikal, dicadangkan ditetap
satu agensi yang mempunyai kapasiti dan
kepakaran teknikal untuk:
i)
membantu dan memantau keberkesanan dalam melaksanakan
sistem pengurusan tenaga .
ii)
Menyemak dan memantau untuk mempastikan ESCOs memenuhi semua tanggungjawab
dalam kontrak EPC.
3.
Memberi peluang untuk para pemain industri seperti ESCOs untuk
memainkan peranan yang aktif dan berkesan untuk mencapai matlamat penjimatan
kos tenaga kerajaan dengan konsep perkongsian pintar dan situasi menang-menang.
4.
Menyediakan satu dokumen kontrak EPC yang sebagai rujukan oleh
semua agensi yang ingin menggunakan konsep EPC dan memuktamadkan perincian
setiap kontrak di agensi masing-masing mengikut syarat-syarat yang dipersetujui
bersama dengan ESCO yang dilantik. Deraf dokumen kontrak EPC yang pernah
dibangunkan dengan kerjasama antara JKR dan MAESCO boleh dirujuk semula untuk
dimuktamadkan struktur dan syarat-syarat asasnya dan seteruskan dibuka sebagai
rujukan oleh semua pihak.
5.
Membangunkan dan menetapkan kriteria cekap untuk sebarang
pembelian peralatan/kelengkapan yang
menggunakan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.
No comments:
Post a Comment